Ikut saya jika sudi....

Friday, April 29, 2011

KEK STRAWBERRY


Petang tdi ada budak sekolah order kek tuk wat makan2 katanye.Nak yang murah2.Aku pun wat le kek perisa stoberi.

KEK STRAWBERRY

 Bahan A
2 cwn tepung gandum/sebaguna
2 tsp baking powder
2 tsp soda bikarbonate
secubit garam halus
esen vanila
perisa stoberi n pewarna pink

Bahan B
2 cwn gula kastor
1 cwn minyak jagung/minyak masak
1 cwn susu cair
3 biji telur

Bahan C
3/4 cwn air panas

  1. Dalam mangkuk adun campur semua bahan A
  2. Dalam bekas lain campur bahan B & pukul sebati
  3. Putar bahan A perlahan sambil masukkn bahan B.Lajukan hingga semua sebati
  4. Tuang air panas & putar sebati
  5. Bakar pada suhu 160C selama 60 minit @ hingga masak




















Selamat mencuba.................

KEK COKLAT MOIST (VERSI SONGKOK)


Semalam budak sekolah tempah kek kat aku.Dia nak yang murah so aku pun wat le kek coklat moist ni tp kecik.Aku panggil bentuk songkok.Dia kata nak simple je janji sedap....Lagi senang kerja aku x yah nak semak kepala nak fikir corak...heheheee....

Bila orang order aku kek kecik ni aku senang x banyak keje wat satu adunan leh dpt tuk mkn kat umah skali.anak aku ni setiap kali wat kek ye nak gak...





Resepi kek ni ada pada post yang lama yang menggunakan minyak dan pembakaran kaedah 'steambath'.




Okla tuk hari ni.Nak mula wat kek lagi tuk tempahan hari ni lak.Dari budak sekolah gak tuk makan2 katanyer.....Bye....Jumpa next n3...


Tuesday, April 19, 2011

KUIH BAKAR DURIAN

Hari ni PERAK cuti sempena besday Sultan Perak.Aku surirumah xde cuti.Anak ada kat umah tapi laki aku keje.Bila anak ada kat umah ni mula le mikio apa nak makan coz kami spesies makan.Fikir punya fikir maka terhasille bengkang deroyan.CMG kata Kuih Bakar Durian tapi kalu kat Perak ni manggei BENGKANG.....

Resepi ni aku skodeng kat blog CMG.Tapi bengkang aku xle secantik CMG punyer janji sedap dimakan...heheheee.Aku yang gatal wat bengkang ni garing coz aku suka maka burukle rupenyer....Apa2pun janji sedap n masuk perut kenyang.....Resepi CMG letak bijan tapi aku xde bijan so bogel je le bengkang aku.Apa2pun janji sedap.....Kawan2 cubalah xkan menghampakan.....





Ok kat sini aku copy paste je resepi dr blog CMG ye?CMG izinkan saya yang maleh nak nulih ni....

KUIH BAKAR DURIAN

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gm isi durian, kalau dpt pilih yang bau "cengit" (kuat baunya)*
250 ml air*(*dikisar halus)
600 ml santan kelapa segar (guna yang kotak pun ok)
1 cawan gula pasir
1 3/4 cawan tepung gandum
3 biji telur gred A
1/4 camca teh penuh garam halus
Pewarna kuning makanan secukupnya (1/4 camca teh)
2 camca besar minyak sapi, dicairkan
Bijan secukupnya untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser tin berukuran 8 inci X 8 inci X 3 inci dengan mentega dan alas dengan aluminium foil, lebihkan sedikit supaya mudah untuk kita mengelurakan kueh bila masak nanti..Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, satukan semua bahan2 di atas kecuali durian yang dikisar, minyak sapi dan bijan. Kacau rata dan tapis, masukkan durian yang dikisar tadi dan minyak sapi cair. Kacau rata dan tuang dalam bekas yang telah siap sedia. Tabur bijan rata2.
  3. Bakar selama 45 - 50 minit atau hingga masak dan permukaan kueh kelihatan garing. Mat selalunya akan akan tukar api oven pada fungsi "grill" dan bakar 5 minit untuk mendapatkan permukaan yang sedikit garing.
  4. Bila masak, keluarkan kueh dari oven, biar 5 minit, kemudian keluarkan kueh dari tin dan biar betul2 sejuk sebelum dipotong...

SELAMAT MENCUBA.........................

Sunday, April 17, 2011

PIZZA PERTAMAKU

Seumur hidupku x pernah aku wat pizza walau aku suka makannyer.Selalunyer beli le.Dah banyak resepi pizza yang aku salin tapi takut nak cuba.Tengok ke bahan yang disalin cam susah je nak wat tp bila dah wat senang je rupanyer.

Punca aku cuba wat pizza malam tadi ialah kerana anak aku nak makan.Masa aku shopping barang kek kat KL hari tu dia dah minta tapi nak ke kedai pizza tu xde masa bila dah duk kat kedai bakery tu x keluar2.Aku pun janji le pada dia balik umah nnt aku akan wat.

Maka malam tadi aku pun mula kan operasi pizza aku mengikut resepi rakan FB aku.Tima kasih x terhingga pada Mem Besar a.k.a Relakkejap Ok.Tapi tang inti aku telah derhaka.Aku guna bahan yang ada dalam umah aku je.Ikut suka aku je.Almaklumle kat kawasan umah aku ni payah sikit nak dapat barang2 western ni.

Anak aku le yang paling x sabo2 nunggu.Sanggup x makan nasi.Semalam aku masak nasi x berusik.Punya nak nunggu pizza sanggup x makan benda lain.Aku ni yang membuat lagi le riso.Takut x jadi.Berdebo2 rase dah le anak aku sanggup x makan nunggu pizza.Yang paling kelako kawan dia datang main ngan dia pas kawan dia kata mama ko sumer pandai wat.Leh lak dia jawap yelah mak aku sume leh wat sebab mak aku belajo ngan kawan dia kat FB.Kihkihkih......pandai lak anak aku.X rugi aku buka fb tuk cari kawan yang sama minat ngan aku.FB ni asal niat kita baik maka baikle jadinyer.Eh! ke lain lak citernyer.Balik pada pizza tadi.

Sesudah 2 jam lebih menunggu maka terhasillah pizza aku.Atas dia terhitam sikit mungkin aku terlebih bako.Terlebih masa yang aku set kan.Anak aku dah x sabo nak makan.Aku kata tunggu sejuk jap baru tutup api.anak aku kejap2 ke dapo tengok pizza.Aku pun potongle pizza tu tuk dia 3 keping.Dia pun dengan perasaan gembiranyer makan pizza.3 keping kejap je habis!!!!

Masa dia dah nak masuk tido leh lak minta lagi sepotong nak makan.Ya Allah!!! anak aku ni x leh tunggu esok ke makan lak.Asben aku kata bagi je sepotong lagi nnt x tido dia ingat ke pizza tu.Kata asben aku dah le minta dari hari tu kat KL.Aku bagile sepotong lagi kejap je selesai........

Aku simpan yang tinggal x sampai separuh tu n anak aku pesan sok pagi nak makan lagi.Tapi apa2 pun pizza ni memang sedap n lembut je roti ye.(ceh!!!puji diri sendiri).Maile aku kongsikan resepi pizza tu kat sini.

PIZZA (copy paste dari FB Relakkejap Ok)

 PIZZA DOUGH (ITALIAN PIZZA)
1 teaspoon dry yeast
1/2 teaspoon gula pasir
175 ml (3/4 cups) air suam
225 gm (2 cups) bread flour ataupun plain flour
garam
2 tablespoon marjerin ataupun minyak masak

Dlm mangkuk kecil bancuh yeast, gula & air suam. Tutup & biarkan 15 mins. utk mengembang (buih).

Dlm bekas yg besar tuang tepong & garam. Buat lubang di tengah & tuang adunan yeast yg dah kembang. Uli hingga lembut di atas papan yg telah ditaburi sedikit tepong. Simpan & tutup di dlm bekas & lumuri dgn sedikit minyak utk naik 2 x ganda selama 1 jam atau lebih sikit (ikut cuaca/suhu) di tempat masing2.

Canai dough & letak ke dlm dulang pizza 10 in. Kalau tak ada pan pizza pakai jerr apa2 bekas & kelipkan (tinggikan) sedikit keliling supaya sos tak keluar nanti.

ITALIAN PIZZA
1 labu bawang besar (yg warna putih - Bawang Bombay) - potong2
4 ulas bawang putih - hancurkan
1 biji tomato - potong2
1/2 botol tomato sos ataupun 1 tin tomato paste (puree)
lada capsicum
nenas
sausage/udang
black/white pepper
dried oregano/rosemary
minyak
- keju cheddar/mozarella/parmesan utk taburan

Tumis bawang2 hingga layu & masukkan semua bahan2. Kacau2 & masak sehingga pekat sedikit. Sejukkan dulu baru tuang ke atas pizza & tabur dgn keju2 parut baru dibakar hingga masak. Suhu kebiasaannya 160-200 deg. selama 30 min. (ikut suhu/jenama ozen masing2)


















Silalah menjamu mata n mencuba!!!!!!!!

Friday, April 15, 2011

KEK COKLAT MOIST

Resepi kek ni aku x ingat salin kat mane tapi bila dicuba kek ye memang sedap n moist sangat.Sampaikan bila orang order kek coklat moist aku akan guna resepi ni.Kek ni ikut resepi kena kukus tapi aku x pandai kukus2 ni so aku wat kaedah 'steambath'.

Bahan2 n kaedah pun senang tuk dikuti.

KEK COKLAT MOIST

Bahan A (gaul rata dlm periuk,panas api perlahan sampai sebati)

1 cawan koko
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat

Bahan B

3 biji telur
1 1/4 cawan tepung gandum + 1 sdk baking powder + 1 sdk baking soda (ayak sama)
1 sdk esen vanila

Cara-cara:
  1. pukul telur sampai betul2 kembang
  2. masuk bahan A dalam telur & kacau sebati
  3. masuk tepung yg telah diayak & kacau sebati
  4. masuk dalam acuan bergris & kukus 1 jam.(saya bakar kaedah 'steambath')




   

Selamat mencuba!!!!!!

Tuk icing & topping tunggu n3 lain ye?Nanti saya post kat sini...Ni tuk kek je dulu.Saya juga ada guna resepi coklat moist lain tuk kek tempahan saya.Akan saya tepekkan kat sini bila saya rajin nanti ok.
Byeeee.........................

Thursday, April 14, 2011

Shopping.....Shopping.....Shopping

Rezeki datang bergolek....hahahaaaaa......
Nak tau nape aku kata rezeki dtg bergolek?
Haaa....aku dapat g beli barang bakery kat tempat yang aku idamkan.

Rabu hari tu maksud aku semalam le asben aku bawa aku g Puchong beli barang bakery kat BWY.Seronoknya aku tak terkata.Walau pun sesat tuk mencari BWY kat Puchong tu tapi aku puas hati.Walau penat berpusing2 tapi rasa hilang penat bila tengok barang2 tu.Aku x penah pergi,aku tau kawasan tu tapi x tau kedai tu katner.Maknanyer aku berpusing dlm Bandar Puteri tu je cari kedai.Last aku tepon kedai senang aku rasa bila jumpa.

Bila dah jumpa kedai n jejak je kaki dlm kedai tu aku gembiranye sampai x terkata.

Anak aku lagi seronok kat dalam tu semua barang kalau boleh dia nak.Aku kata kat dia baik beli ngan kedai2 terus.Semua barang dia nak letak dlm bakul.Yang aku pelik dia tau je apa barang yang aku selalu guna.Mungkin dia akan mengikut jejak aku kot suka baking.
Asben n anak aku pun sama naik pilih barang kat dalam kedai semalam.Anak aku teruja ngan barang2 dalam BWY,mak dia lagi le teruja.Rasa nak melompat pun ada bila tengok barang2 tu.Tapi nnt org kata aku gila lak.

Selalu aku beli barang kat umah aku je dahle mahal n xde banyak pilihan.Bila semalam dapat masuk BWY mak ai seronok x terkata.Aku dapat beli banyak barang yang aku idam yg xde kat kawasan umah aku ni.Ni semalam aku beli barang nilai duit sama cam aku beli kat sini tapi penuh satu bonet kete.Kat tempat aku nilai duit cenggitu aku leh bawa naik motor je.Bayangkanlah banyak mana je bahan yg boleh aku dapat kat kawasan aku.Camner aku x teruja n happy sangat.


Macam2 barang aku beli.Yang penting aku dah dapat round table,loyang kek yang xde kat sini.Wakakaaa.....


Barang-barang yang aku beli




Acuan apom,pisau lepa,tepung n lain2


Ni loyang yang aku suka sangat.




cupcake cup n muffin cup


ovalet






Turntable
































Inilah barang2 yang aku beli semalam.Puas hati kerana dapat beli barang dihajati n murah dari tempat aku.Tapi bagi aku sesekali tuk borong kat sana ok gak wat stok kat umah.Kalu yg emergency je leh le beli kat umah aku.Asben aku siap cakap lain kali x yah beli kat umah aku dah.Dia kata beli je kat Puchong sambil tu leh jalan2.I likeeee his statement......Hahahaaaa...


Ok sampai sini je celoteh aku tuk hari ni.Nanti korang bosan lak duk dengo aku ngomel sal barang2 ni.Tapi apa2 pun aku memang happy sangat.....Happy x terkata...leh gitu????


Aku nak g kemas barang2 ni lak.Bye....See you soon.....

Saturday, April 9, 2011

Pulut Kukus & Kuah Durian

Hari ni ujan lebat lagi petang.Tension tul aku bila ujan umah aku banjir.Mula le aku nak marah orang bila banjir ni habis umah penuh air.Yang x masuk air cuma bilik je.Aku pun x tau le org ni wat umah gane.Umah ni dapo tinggi pas turun ke ruang tamu.Bila ujan lebat air masuk kut dinding nbanjir sampai ke ruang tamu.Sakit jiwa aku rasa bila penuh air satu umah ni.Dah le tiap2 petang ujan.

Dahle malas nak citer sal umah banjir ni meh kita citer sal makan lak baru hilang tensen.Petang tadi aku terlebih rajin maka terciptalah makanan tuk mengisi perut yang berbunyi ni.Aku pun memula operasi.Aku belah durian n mula membuat kuah doyan.Sambil kuah doyan masak aku  pun mula terfikir nak tanak ke kukus pulut ni.Ntah nape aku ter rajin maka kuo le kukus n aku pun mengukus pulut.X penah2 aku ngukus pulut selalu kalu nak makan aku tanak je.Hari ni tu le aku kata x tau nape rajin sangat.Aku pun kukus le pulut.


X lama pas tu maka siaple kuah doyan n pulut kukus aku.X sabo nak makannyer.Nampak cam sedap tapi lum rasa lagi sedap ke tak.Aku rasa sedap kot.(sape lagi nak puji kalu x aku sendiri puji masakan aku).Heheeee :)

Ok le aku nak g makan pulut doyan jap.Jumpa lagi di n3 akan datang.....Tungguuuuu................

 

Wednesday, April 6, 2011

Banjir oh banjir!!!!

Waaaaa................ujan lebatnyer......dah 2 hari ujan lebat je petang.Semalam umah aku dah banjir....Bilik air masuk air dr luar smpi bilik air x larat nak tampung maka mengalirle ia keluar ke dalam umah aku.Banjir dari bilik air turun ke dapo n terus ke ruang makan n ruang tamu.Aduhhhhhh!!!!tension aku......

Skang ujan lebat lg janganle banjir lagi.X larat dah aku nak mop lg.Baru je bersihkan dah ujan lebat lg.Biole ujan lebat tp jangan le banjir lagi melimpah ke ruang dlm umah aku.X sanggup rasanyer nak mengelap n mengemop lg.Penat semalam pun x habis lagi.Rasa nak patah pinggang menonggeng kaup air masuk baldi ngan tuala.

Ujan2 ni lapo le plak tp guruh kilat takut nak ke dapo.tahan jele perut.jangan le ko wat ragam nak makan je nnt bertambah beso aku.Aku ngah ssh hati sal ujan takut banjir lg umah aku ni leh lak perut mnta diisi.Hampehhh tull.....

Ujan o ujan nape lebat sangat...ko nak lebat,lebat le ujan jngn ko banjir kan umah aku lagi dah.:( penat nak ngemas balik n mencuci balik.

Sunday, April 3, 2011

Sambal Isi Ikan Jaket & Kentang

Wakakakaaaaa....hari ni aku mencipta resepi hentam aku sendiri janji kenyang.....Nak dijadikan citer ikan jaket bakar banyak dalam peti ais n xde sape nak makan.Anak aku lagile bila dia tengok ikan tu dah hitam kena bakar.Aku ni terfikir2 apa nak wat ngan ikan ni supaya x terbuang.

Jeng....jeng....jeng....maka terhasillah idea dikepala aku tuk wat sambal isinyer aje.Apalagi aku pun mula le menokok tambah resepi aku ni dengan kentang.Mula2 aku goreng kentang.Pas baru aku wat sambalnyer.....

Meh aku citer sikit sal sambal,apa saja yang dinamakan sambal kat umah aku ni memang laju so aku x yah susah2 nak fikir resepi.Kalu buntu xde resepi wat je sambal apa2 gerenti berselera deme makan.



Inilah sambal isi ikan jaket ngan kentang aku tuk makan tengahari tadi.Kalu aku tinggal ngan anak aku je memang resepi simple je coz aku x biasa makan banyak2 lauk n anak aku kalu dah ada sambal xyah lauk lain.Kalu hari menyambal jangan masak nasi sikit alamat kena masak selalu le coz anak aku akan berulang makannyer cam x makan.

Aku kalu dah buntu nak memasak memang le kalu timbul je idea mulale masak yang pelik2 janji kenyang.Kadang2 apa yang aku buh dalam masakan tu kalu org tanya aku xleh jawap balik.X yah org tanya aku nak wat balik pun x sama dah coz resepi campak2.

Wallah.....aku rasa sedap le sambal aku ni kalu org lain x tau le coz aku pun memang suka sambal.Heheeeee
(sape lg nak puji kalu bukan diri sendiri)

Ok.saper nak cuba idea aku ni dipersilakan lah....Resepinyer x yah le aku letak sini kome pun tau camner nak wat sambal cuma diolah isi bahannyer aje.

Sampai disini saje celoteh aku tuk kali ini dah xde idea dah.Sebenonyer dah ngantuk.

Bye....Wasalam.....

Saturday, April 2, 2011

Selamat Hari Jadi Aunie!!!!!

Inilah dikatakan rezeki.Selama ni org2 kampungku je yang tempah kek kat aku.Tapi nak dijadikan citer ntah camner aku teringat nak kol kawan lama di tempat tinggal lamaku.Saja tuk bertanya khabar.Tiba2 kakak tu tanya skang aku watper n aku pun citer le hobi baru aku.Rupa2nyer dalam minggu tu akan berlangsung besday anaknyer yg dulu penah aku jaga malam bila kakak ini jaga kedai dia.Siang aku keje pas malam jaga anak kakak ni tuk 3 jam.

Dah rezeki aku,kakak ni pun order le kek dari aku.Alhamdulillah rezeki......Yang mudahnyer design ikut suka aku tapi kakak ni nak kek mentega.Setelah di beri tarikh aku pun mula le x senang duduk memikirkan corak & warna tuk kek tu.....Hahahahaaaaa.....padan muka aku.....

Tiba2 kakak tu anto mesej nak kek sehari awal dari yang dirancang.....Opocot!!!!terkejut aku kerna masa tu aku berada dirumah opah aku....Apalagi hari tu juga aku balik kerumah aku.....Tapi anak aku x nak ikut aku balik.

Hari yang dinanti pun tiba maka terhasillah kek ini....Pagi2 lagi aku ngan asben aku dah g anto ke kakak tu...Harap2 kakak tu berpuas hati.....Inilah kek yang terhasil.....




Buat Aunie...Selamat Hari Jadi!!!!!Pada Kak Shila tima kasih kerna tempah kek dari La....Tima kasih daun keladi kalu boleh tempah lagi....Hikhikhikkkkkk......









Inilah kek tempahan dari jauh yang pertama aku terima.Mudah2an lepas ni ada lagi tempahan n bertambah banyak rezeki tuk aku.

InsyaAllah....InsyaAllah.....InsyaAllah.....(ala2 Maher Zain)Heheheeeee...............Bye......

Bila X Tau Nak Wat Apa....

Malam ni asben aku g keje kul 12 tadi n katanyer karang balik kul 3.Dia kena prepare barang tuk function esok.Esok lak asben masuk keje kul 8 pagi sampai 12 malam sok lak.Skang aku boring sambil2 tengok tv citer Tasbih Cinta ulangan n layan mukabuku aku.

Larat ke aku tunggu asben balik kul 3 ni?Mata dah cam apa ni....Aduh!!!! rancangan kat tv pun x best langsung.....Masa2 camni ler rasa nak langgan Astro.....Tapi bila difikir2 aku pun jarang tengok tv so wat per aku nak buang duit langgan tv yg jarang aku tengok.....

Waaaaaaaa...........tapi masa2 cenggini aku seolah2 memerlukan rancangan yg best2......Nak godek resepi kat dapo??????Issshhhhhh!!!!sape lak nak makan malam2 buta ni.....Nanti terkejut lak org sebelah umah aku dengo bunyi mixer aku....

Apa lah aku nak wat ni?????Haaa.....lebih baik aku main game kat FB.Main game nguji minda lak ler.....
Cian asben aku demi keluarga sanggup keje cenggini.Siang tadi keje 8pg sampai 4 petang.pas masuk balik kul 12 malam tadi sampai kul 3 pagi ni.Sok kul 8 pagi masuk balik sampai kul 12 malam.

Apa2pun seelamat tidur semua.........Ok aku nak layan game jap....Bye.....

Friday, April 1, 2011

Oreo Cupcake

Semalam dari siang aku duk skodeng resepi orang di internet.Sekali aku terjumpa le resepi yang mudah tuk wat kapkek dari blog CMG.Malam tu aku pun mula kan operasi aku membuatnyer.Resepi ni aku rasa mudah coz semua bahan dimasuk sekali & putar sama dia......

Pas aku godek2 kat dapo maka terhasillah kapkek aku.Aku guna oreo perisa aiskrim.Tadaa............


Disebabkan bekas kapkek dah out of stock maka terhasillah kapkek dalam bekas muffin.Apa2pun hentam jelah janji leh makan.

Dibawah ni aku kongsikan resepinyer:

Oreo Cupcake

125gm mentega
1/2 cwn gula perang @ soft brown sugar
1 cwn tepung naik sendiri
1/2 camt baking powder (diayak bersama tepung tadi)
2 biji telur gred A
1/2 camt esen vanila
5 keping biskut oreo,kisar halus bersama krim dia

Cara-caranyer:

- panaskan oven 175c.sediakan cupcake.ketepikan
- dlm mangkuk pemutar,satukan mentega,gula perang,telur,tepung,esen vanila.
- putarkan hingga rata & sebati pada kelajuan perlahan.
- kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit.
- masuk oreo yg dikisar,putar sebati.jangan terlebih putar.
- isi 1/2 (jika nak letak icing) @ 3/4 penuh dalam setiap cup.aku letak 3/4 coz malas nak letak icing.
- bakar 10-15 minit bergantung pada oven masing2.
-sejuk atas jaringan sebelum dihias @ hidang begitu saja.

Selamat mencuba.......

Roti Jala Pertamaku

Hari ini aku terrajin nak mencuba buat roti jala.Acuannyer dah lama aku beli tapi bila 'M' melanda semua x jadi.Beberapa hari yang lepas aku pun mula le operasi menskodeng resepi2 dalam internet ni dan terjumpa le satu resepi yg aku rasa senang coz guna sukatan cawan.Bukan apa aku ni kadang2 malas nak kuo kan penimbang.Heheheeee.....

Jeng...jeng....jeng.......ni lah roti jala yang aku wat  jap tadi tuk dimakan ngan kuah doyan yg aku wat petang tadi.

Seumur hidup aku nilah baru pertama kali aku menjala.x peronah lagi aku watnyer.Selalu kalo nak makan aku beli le apa lagi.Tapi sejak aku jadi CEO rumahtangga ni dah xde apa nak wat kat umah terpaksa le aku belajo menjala tuk makan.

Alhamdulillah....jadile tuk makan keluarga aku lepaihle.....Tapi menjala tu yang x pas sangat lagi almaklumle baru belajo menebo jala....Tapi apa2 pun habih....

Banyak sangat aku cakap lupa lak nak menulis resepinyer....Nah bawah ni aku letak resepinyer.....

Roti Jala

3 cwn tepung gandum
2 1/2 camb minyak masak
1 camt garam
sedikit pewarna garam
1 biji telur
2 1/2 cwn air/santan/susu segar ( aku guna susu segar)

Cara-caranyer:

- blend semua bahan diatas hingga sebati
- kalau nak tahu adunan dah boleh jala @ belum,cuba masuk sesenduk dlm acuan kalu kuo x putus2 maknanyer dah bolehle menjala guna kuali non stick (aku guna kuali burger je)
- lepas jala atas kuali biokan beberapa saat
- kalu dah masak x payah balik terus je angkat & gulung.
- dah siap bolehle makan ngan kuah dal,kari ayam @ kuah doyan.(sukatile nak makan ngan apa)

Ha....dah siap resepi roti jala aku tepek kat sini.Resepi kuah doyan x payahle ye.Aku pun main masak je x ikut resepi.Ikut resepi yang opah aku bagi dulu2 yang ingat kat kepala je.

Ok.....Selamat mencuba......