Ikut saya jika sudi....

Thursday, November 24, 2011

KEK PISANG MARBLE LAGI


Salam semua..... Kek Pisang Marble lagi...... Kek ni memang sedap n pantang ada pisang mesti buat. Kek nya sangat moist n yang penting mestilah sangat sedappppp..... :)

Hari tu saya ke Bidor n nampak pisang yang jual longgok yg boleh wat jemput,kek,lepat pisang n sebagainya kecuali tuk makan mentah kerana pisang dah lembik. Anak n suamiku dah pandai bila nampak pisang kena beli tuk wat kek ni. 

Kebetulan saya ni x baik lagi demam dari raya haji hari tu n batuk masih berterusan hinggakan suamiku kata suara dah cam Ella. Pisang tu dah xleh simpan lama kerna ia akan lembik n busuk. Saya xde mood nak membaking lagi kerna badan x sihat. Saya pun dapat idea hanya lecek pisang n simpan dlm peti ais.

Setelah 3 hari didalam peti ais n setelah suami n anakku tanya mana pisang yg beli hari tu nape xde kek pisang maka tadi saya pun memulakan operasi kek ni. Dalam kelesuan n ketidakdayaan (adake ayat cenggini?).Hentam jelah....maka terjadilah kek pisang marble ni. Kali ini saya mendapat 3 loyang kek. Setelah siap saya pun mengajak suami ke Bidor tuk menghantar sebiji kek ni tuk opah n paksu.

Opahku punyalah gembira dapat kek ini. Banyak kali ye tanya satu adunan bape biji telur? Saya tau yang opah teringat masa muda dia dulu yang selalu wat kuih n kek sampai leh jual. Tapi saya gembira saya dapat bagi opah saya makan hasil air tangan saya. Masa kecil dulu opahle yang jaga saya. Memang le x terbalas jasanya tapi sekurang2nya dalam keadaan dia yang uzur sekarang ni n suka makan masakan yang mengingatkan dia pada masa lalu, saya bersyukur n gembira kerna dapat beri opah rasa makanan itu walau x setanding masakan dia dulu.


Ini adalah kali kedua saya membuat kek ini. Saya mendapat resepinya dari kawan fb iaitu Nora Danny Harry. Resepinya sila lihat di sini......


Dek kerana terlampau banyak sampai merekah kat tengah2 kek ni tapi x mengurangkan rasanya yang lazat. Kek ni lembap2 n lembut sesangat.... Rasanya?? Wallah sedap sesangat......


Kek ni pun x sempat sampai berhari2... Kek satu loyang tu pas masak terus ngap n habis. Yang ni hanya bertahan 1 hari setengah je.... Heheheeee



Buat semua peminat pisang janganlah malu2 tuk mencuba respei ni. Anda semua xkan kecewa ngan hasilnya.... Silakan mencuba.....




No comments:

Post a Comment