Ikut saya jika sudi....

Tuesday, May 3, 2011

RED VELVET CAKE (RVC)


Memang mabeles kek ni.Ini adalah kali pertama aku mencuba kek yang meletup di mana2 berkata tentangnya.RED VELVET CAKE.....memang meletop!!!!!!Rasanya sedap x terkata.

Kek ni dibuat sempena hari lahir asben aku semalam.Aku dah buntu memikir nak wat kek apa.Setiap kali besday asyik Kek Coklat Moist @ Kek Span.Aku nak wat kelainan sikit pada tahun 2011 so aku pun memberanikan diri mencuba kek yang fofular ni....Maka semalam terhasillah kek yang paling best aku rasa iaitu RED VELVET CAKE....

Pada asben aku diucapkan Selamat Hari Jadi!!!Semoga panjang umur & murah rezeki.......

Nak dijadikan cerita semalam asben aku keje so kena tunggu dia balik baru potong kek.Tapi semalam ada hal maka kek hanya dipotong malam hari selepas makan malam.Masa makan malam asben aku kata dah x larat le nak makan kek lagi,esok je lah potong.Aku kata esok bukan hari jadi lagi n sian anak yang menunggu dengan x sabonyer nak makan kek.Anak aku memang setiap kali aku wat kek dia x sabo kalu kek bukan tempahan orang.Kalu orang tempah pandai lak dia tahan diri.Anak....anak.....

Pas makan aku pun kuokan kek dr peti ais n panggil asben potong.Asben aku kata dah kenyang so aku kata potong tuk anak.Bila dah potong asben aku kata nak rasa le sikit.Asben amik sepotong kecik n makan.Pas makan ye kata sedapnyer n lain rasanyer.Dari nak makan sikit akhirnya bertambah n geng ngan anak sekali bertambah makan kek.Pas makan baru kabo leh gemuk badan makan kek banyak malam2.Heheheeee.....Aku bagi jiran sebelah umah aku.Pas tu leh lak jiran terus anto mesej kat laki aku nanti nak order kek ngan aku.Alhamdulillah rezeki tu.....



 Sini aku tepekkan resepi kek ni tuk sesiapa yang nak mencuba....

RED VELVET CAKE (sumber My Resipi)

2 1/2 cwn tepung kek (ayak bersama 1 sdk serbuk penaik)
2 sdb serbuk koko + 2 oz pewarna merah (kalu x tau sukat oz + ngan koko hingga jd pes dah ok)
1/2 cup butter
1 1/2 cup gula castor
2 biji telur suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 cup buttermilk - suhu bilik (240ml susu + 1sdb cuka @ 1 3/4 cream of tartar @ 1 sdb lemon)
1 sdk cuka putih
1 sdk sodium bikarbonat @ baking soda

Cara-caranye:

Buttermilk:
  1. campur COT @ Lemon @ Cuka pada susu & biar 15 minit
  2. kacau rata sebelum guna
  3. atau boleh juga guna 3/4 cup plain yoghurt + 1/4 cup susu
Kek:
  1. sapu butter pada loyangpanas oven 170 C
  2. ayak tepung kek + serbuk penaik
  3. dalam bekas kecil gaul koko + pewarna merah hingga jadi pes yg x berketul
  4. pukul butter + gula hingga kembang
  5. masuk telur satu persatu pas masuk esen vanila n pes koko merah td.ratakn ngan spatula sambil pukul
  6. perlahan mixer masuk tepung berselang seli ngan buttermilk n diakhiri ngan tepung
  7. +cuka ngan baking soda.nnt berbuih n cepat2 masuk dalam adunan kek td n gaul
  8. masuk dalam loyang yg digris tadi n bakar
  9. bakar pada suhu 170 C selama 25 - 30 minit @ hingga masak.
  10. sejuk kek 10 minit sebelum kuarkan dr loyang

Tuk topping aku guna Cream Cheese Frosting.Tapi xde sukatan coz aku ikut resepi sendiri.
Resepinyer:

CREAM CHEESE FROSTING

250 gm cream cheese
40 gm butter
1 sdb esen vanilla
1 sdb susu segar
Gula castor ikut suka -aku letak 100gm
  1. pukul creamcheese ngan butter hingga lembut n gebu
  2. pas masuk esen vanila n gula
  3. dah boleh guna tuk hias kek
 SELAMAT MENCUBA....................


Birthday Boy!!!!!!

Everyday is her Birthday!!!!!

2 comments:

  1. sedapnya.....
    masing2 x sabar nak mkn tu..
    heeeee....

    ReplyDelete
  2. ladyzamea,betul tu semua x sabo nak makan dah.tapi kek ni x tahan lama.maksud akak bukan kek rosak tp habis dimakan x sempat berhari2 duk dlm peti ais...heheheee

    ReplyDelete