Ikut saya jika sudi....

Sunday, March 27, 2011

Home made Ice-cream

Aku dapat satu resepi aiskrim yang rasanye sebijik rasa aiskrim Walls.Mula-mula aku cuba wat aiskrim ni arghhhhh!!! nikmatnyer x terkata.Boleh dikatakan hari2 kena wat sampailah satu masa anak n asben dah x request dah maknanyer dah jemu nak makan.Aku memang slalu gtu kalu wat sampai depa dah x larat nak makan baru berhenti bio deme puas.





 Sini saya bagi resepi nyer ye:

1 tin susu pekat (saya guna 1/2 tin jer)
1 tin air suam
1 sudu makan ovalet
1 biji telur
Esen vanila
Perisa & pewarna yang disukai

Campur semua dalam bekas n putar guna mixer atau blender.Putar sampai kembang,pekat n likat cam kat bawah ni.


Pas simpan dalam esbok.Aku slalu wat malam pas pagi dah leh makan.

Sekarang aiskrim ni dah jadi salah satu pendapatan sampingan aku lak.Aku jual aiskrim ni kat budak2 kat umah ni.Bila aku rajin aku wat macam2 perisa tapi bila 'M' melanda hanya perisa coklat n vanila je yang ada.Lagipun permintaan banyak ke aiskrim coklat.

ok ni je idea aku nak tulis sal aiskrim ni n pada sesape nak cuba tu sila le amik resepi ni n cuba wat sendiri.Kalu dah cuba makan pasti xnak beli yang kat kedai lagi.Barang pun senang nak dapat.Selamat Mencuba........













No comments:

Post a Comment