Ikut saya jika sudi....

Monday, May 9, 2011

HAPPY ANNIVERSARY NILA & MAZLAN!!!! (KEK MARBLE SUSU)


Semalam adalah hari ibu & semalam juga adalah ulangtahun perkahwinan aku yang ke 2.....Aku xde perancangan apa2 kerana hubby aku keje.

Bila difikir2 aku malas nak wat apa2 so aku duk relak je kat umah ngan anak aku lepas ngemas dr pagi.Tiada acara yang aku rasa nak wat coz hubby keje.Aku bersantai2 saje dirumah.

Bila petang menjelang,bukan petang lagi dah malam pun tangan ni gatal le pulak nak menggodek kat dapur...Dah malam2 ni le tangan ni gatal tadi x nak wat.Hishhhhhh!!!!!

Maka terhasillah KEK MARBLE SUSU  yang dah aku selimutkan ngan icing.Konon2 nak wat 'steam buttercream' tapi x jadi.Wakakaaa padan muka aku!!!!!!



Langsung kek yang aku wat x cantik kulit dah bergerutu x licin.Gatal tangan nak mencuba krim tu ha jadi ntah apa2.Apa2 pun aku wat gak dah alang2 tangan ni gatal.....Terus mood nak mendeco turun so jadilah cam dalam gambo ni je yang aku deco.Sedih n kecewa wat x jadi so kawan2 layan jelah gambo kek orang kecewa ni...Sobb....sob....sob... :`-(

Dah pukul 12 malam baru hubby aku balik keje n baru kami potong kek.So xde le gambo kami potong kek coz dah tuko uniform nak tido.Terpaksa potong gak malam tadi coz sian anak aku yg tunggu kek tu nak makan.Anak aku kalu tau kek tuk sendiri dia akan tunggu sampai dia dah dapat rasa baru dia puas....heheheee :-))




Kat sini aku tepek le resepi KEK MARBLE SUSU

Bahan-bahan:

250 gm butter
230 gm gula halus
2 sdt ovalet
4 biji telur
270 gm tepung kek (tepung gandum pun boleh)
1 sdt baking powder (ayak bersama tepung)
60 gm susu pekat
2 sdb serbuk koko
2 sdb susu cair
1 sdt coklat emulco

Cara-cara:
  1. pukul mentega,ovalet n gula hingga putih
  2. masuk telur satu2 sambil terus putar hingga kembang & gula hancur
  3. masuk susu pekat & terus putar
  4. perlahankan speed masuk tepung td sikit2 hingga habis...gaul rata
  5. bahagi adunan kepada dua bahagian satu bahagian + susu cair,emulco n koko n satu lagi aku wat plain
  6. tuang adunan secara selang seli hingga habis semua ke dlm loyang yg dah dilenser ngan butter
  7. kemudian bakar hingga masak (aku bakar api 170 C selama 50 minit)



Ok pada semua kawan2 selamat mencuba ye resepi KEK MARBLE SUSU ni.......

2 comments:

  1. wah membaking di hari ibu...uwa....
    samalah kita...yg penting anak2 n en asben suka kan..
    heeeeeee

    ReplyDelete
  2. ladyzamea:apa nak wat mea...huhuhuuuu
    a'ah betul tu yg penting depa semua suka....
    asben akak lagi lak dah x nak beli kek kat kedai...akak nak gak rasa org punya baking x merasa dah.....

    ReplyDelete