Ikut saya jika sudi....

Sunday, April 17, 2011

PIZZA PERTAMAKU

Seumur hidupku x pernah aku wat pizza walau aku suka makannyer.Selalunyer beli le.Dah banyak resepi pizza yang aku salin tapi takut nak cuba.Tengok ke bahan yang disalin cam susah je nak wat tp bila dah wat senang je rupanyer.

Punca aku cuba wat pizza malam tadi ialah kerana anak aku nak makan.Masa aku shopping barang kek kat KL hari tu dia dah minta tapi nak ke kedai pizza tu xde masa bila dah duk kat kedai bakery tu x keluar2.Aku pun janji le pada dia balik umah nnt aku akan wat.

Maka malam tadi aku pun mula kan operasi pizza aku mengikut resepi rakan FB aku.Tima kasih x terhingga pada Mem Besar a.k.a Relakkejap Ok.Tapi tang inti aku telah derhaka.Aku guna bahan yang ada dalam umah aku je.Ikut suka aku je.Almaklumle kat kawasan umah aku ni payah sikit nak dapat barang2 western ni.

Anak aku le yang paling x sabo2 nunggu.Sanggup x makan nasi.Semalam aku masak nasi x berusik.Punya nak nunggu pizza sanggup x makan benda lain.Aku ni yang membuat lagi le riso.Takut x jadi.Berdebo2 rase dah le anak aku sanggup x makan nunggu pizza.Yang paling kelako kawan dia datang main ngan dia pas kawan dia kata mama ko sumer pandai wat.Leh lak dia jawap yelah mak aku sume leh wat sebab mak aku belajo ngan kawan dia kat FB.Kihkihkih......pandai lak anak aku.X rugi aku buka fb tuk cari kawan yang sama minat ngan aku.FB ni asal niat kita baik maka baikle jadinyer.Eh! ke lain lak citernyer.Balik pada pizza tadi.

Sesudah 2 jam lebih menunggu maka terhasillah pizza aku.Atas dia terhitam sikit mungkin aku terlebih bako.Terlebih masa yang aku set kan.Anak aku dah x sabo nak makan.Aku kata tunggu sejuk jap baru tutup api.anak aku kejap2 ke dapo tengok pizza.Aku pun potongle pizza tu tuk dia 3 keping.Dia pun dengan perasaan gembiranyer makan pizza.3 keping kejap je habis!!!!

Masa dia dah nak masuk tido leh lak minta lagi sepotong nak makan.Ya Allah!!! anak aku ni x leh tunggu esok ke makan lak.Asben aku kata bagi je sepotong lagi nnt x tido dia ingat ke pizza tu.Kata asben aku dah le minta dari hari tu kat KL.Aku bagile sepotong lagi kejap je selesai........

Aku simpan yang tinggal x sampai separuh tu n anak aku pesan sok pagi nak makan lagi.Tapi apa2 pun pizza ni memang sedap n lembut je roti ye.(ceh!!!puji diri sendiri).Maile aku kongsikan resepi pizza tu kat sini.

PIZZA (copy paste dari FB Relakkejap Ok)

 PIZZA DOUGH (ITALIAN PIZZA)
1 teaspoon dry yeast
1/2 teaspoon gula pasir
175 ml (3/4 cups) air suam
225 gm (2 cups) bread flour ataupun plain flour
garam
2 tablespoon marjerin ataupun minyak masak

Dlm mangkuk kecil bancuh yeast, gula & air suam. Tutup & biarkan 15 mins. utk mengembang (buih).

Dlm bekas yg besar tuang tepong & garam. Buat lubang di tengah & tuang adunan yeast yg dah kembang. Uli hingga lembut di atas papan yg telah ditaburi sedikit tepong. Simpan & tutup di dlm bekas & lumuri dgn sedikit minyak utk naik 2 x ganda selama 1 jam atau lebih sikit (ikut cuaca/suhu) di tempat masing2.

Canai dough & letak ke dlm dulang pizza 10 in. Kalau tak ada pan pizza pakai jerr apa2 bekas & kelipkan (tinggikan) sedikit keliling supaya sos tak keluar nanti.

ITALIAN PIZZA
1 labu bawang besar (yg warna putih - Bawang Bombay) - potong2
4 ulas bawang putih - hancurkan
1 biji tomato - potong2
1/2 botol tomato sos ataupun 1 tin tomato paste (puree)
lada capsicum
nenas
sausage/udang
black/white pepper
dried oregano/rosemary
minyak
- keju cheddar/mozarella/parmesan utk taburan

Tumis bawang2 hingga layu & masukkan semua bahan2. Kacau2 & masak sehingga pekat sedikit. Sejukkan dulu baru tuang ke atas pizza & tabur dgn keju2 parut baru dibakar hingga masak. Suhu kebiasaannya 160-200 deg. selama 30 min. (ikut suhu/jenama ozen masing2)


















Silalah menjamu mata n mencuba!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment